Jumaat, 29 Januari 2010

Doa TGNA (foto dan liputan)

TGNA | Royalti Minyak | Solat Hajat 100 ribu
M
atlamat untuk mengumpulkan 100,000 orang di Stadium Sultan Mohd IV tercapai untuk program Solat Hajat dan Majlis Penerangan Royalti Minyak oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah malam tadi.

"Berbanding dengan Forum Wang Ehsan anjuran UMNO yang dihadiri oleh hanya 500 orang (yang digembar-gemburkan 5,000 orang oleh media arus perdana) menunjukkan bahawa rakyat berdiri teguh bersama kepimpinan kerajaan negeri di dalam isu Royalti," tegas seorang pemimpin PAS yang sempat GB hubungi.

Sambil menegaskan kehadirannya pada sesi penerangan malam ini mendapat perkenan Istana Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, negeri itu berhak menerima royalti petroleum lima peratus, lapor Malaysian Insider.

“Saya maklum kepada tuanku perkara ini, tuanku perkenan. Pemangku Raja kata bagus tok li, bagus,” kata beliau pada program penerangan isu tuntutan royalti di sini.

Justeru Pengasas Petronas itu mengesahkan Kelantan berhak menerima bayaran wang royalti sebanyak lima peratus.



Sambil menegaskan kehadirannya pada sesi penerangan malam ini mendapat perkenan Istana Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Negeri Kelantan berhak menerima royalti petroleum sebanyak 5% dan bukannya "wang ehsan" seperti yang terkandung didalam perjanjian antara Negeri Kelantan dengan Petronas.

“Saya maklum kepada Tuanku perkara ini, Tuanku perkenan. Pemangku Raja kata bagus Tok Li, bagus, beritahu rakyat perkara yang sebenar..!” kata beliau pada program penerangan isu tuntutan royalti di sini.

Justeru, Pengasas Petronas itu mengesahkan Kelantan berhak menerima bayaran wang royalti sebanyak 5% seperti yang termaktub didalam perjanjian antara Negeri Kelantan dengan Petronas. Pada masa yang sama Tengku Razaleigh juga berkata beliau tidak mempedulikan apa jua tohmahan orang berhubung kehadirannya malam ini.


“Kalau ada orang kata atau tohmah apa-apa, jawapan saya - peduli apa orang lain,” kata beliau sambil menambah, kehadirannya adalah sebagai seorang rakyat Kelantan yang bertanggung jawab kepada negerinya dan demi kepentingan Negeri dan rakyat Kelantan.


Pada sidang media selepas ceramahnya pula, Tengku Razaleigh menyifatkan Pengerusi UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai pengampu manakala Utusan pula adalah "akhbar dongeng".

“Jangan sebut nama itu depan saya. Mustapa pengampu Utusan dongeng,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Mustapa bahawa Kerajaan Pusat hanya akan membayar wang ehsan kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Ditanya konflik antara wang ihsan dan royalti beliau berkata, “royalti bukan wang ihsan dan wang ihsan bukan royalti, wang ihsan tidak wujud dalam perjanjian yang ditandatangani sebaliknya yang wujud hanyalah royalti.”

Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada Kerajaan Negeri untuk menolak atau menerima bayaran royalti atau wang ehsan.


Terdahulu, Tengku Razaleigh dan Dato' Paduka Husam Musa tiba di sini kira-kira jam 9.30 malam tadi dengan diarak oleh 50 beca dari Persatuan Pengayuh Beca Kelantan dan hampir 30 buah motosikal Honda Klasik daripada Kelab Honda Klasik Kelantan sebagai tanda sokongan dari pelbagai pihak terhadap isu tuntutan Royalti Minyak Kelantan.

Difahamkan iringan beca adalah atas kehendak Persatuan Penarik Beca Kelantan sendiri untuk membawa Tengku Razaleigh sebagai tanda sokongan penerangan beliau terhadap tuntutan royalti negeri.

Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, diikuti solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Mustafa manakala solat hajat dipimpin oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ucapan Tengku Razaleigh berjaya menarik perhatian orang ramai yang memenuhi padang Stadium Sultan Mohamad IV itu berakhir kira-kira jam 10.50 malam. Beliau yang juga bekas Pengerusi Petronas dan Ahli Parlimen Gua Musang menyatakan Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 billion dan akan menjadi negeri yang terkaya.

Beliau turut mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya. Memorandum berhubung tuntutan royalti itu diedarkan kepada orang ramai untuk ditandatangani dan akan diserahkan kepada Pemangku Raja dan Perdana Menteri.

Kira-kira 7 petang tadi, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir dengan diiringi timbalannya dan EXCO-EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Wakil Rakyat serta Pegawai Kerajaan Negeri. Sumber - Kelab GreenBoc, editing dan gambar oleh Topeng Perak® Unmasked

Rabu, 27 Januari 2010

6 MAKANAN PELIK DUNIA

Korang suka makan??? Haha..makan mmg best..tambah2 lak,makanan 2 mmg feveret kter..tapi kn..ada jgak owg kat dunia ni makan mkanan yg lain drpd owg lain..ala2 eksotik gi2..har3..jom usha tgok..ke-6..nama nya..BURGER OTAKKKKK..hahaSandwich ni diperbuat drpd OTAK LEMBU..Menu khabarnya tgh hot kat St. Louis,Missouri,USA...menurut sumber yg yg xdktahui,rasa sandwich nih sdap bangat..nak order?? Kol aku..har3..yg ke-5..

Ni namanya,HAGGIS..haggis nie dbuat drpd hati,jantung,paru2 kambing yg dikisar bersama bawang putih,rempah,oat,garam n so on...dan direbus didalam perut kmbg 2..eyerrrrr..next...yg ke-4..

SERANGGA GORENG!! Yummy...sedapnyerr...haha..meh2..beli3..sekilo singgit jerr...banayk nihh..mentadak ader,balalang ader,kala jengking ader,labah2,cacing...sedap wehhh..sapa nak ley tempah kat aku..meh aku gi bli..kat Thailand ja nihh..yg ke-3..yg ni lakkk..nama dya..CASU MARZU..nama cm kiut jer..skali tgok cm kek..tapi,hakikatnya...bnda nih ialah...keju..2 xpa lg..tapiiii..keju nih dipenuhi ngan larva2 serangga..xpa laa..xlalu makan kek lak aku stgi...ke-2,

SANNAKJI adalah menu sushi kat Korea yg istimewa..SANNAKJI ni sbnarnya adalah baby sotong kurita yg masih hidup,pas2 diorang akan hiris2 sesungut baby 2,n then diperap ngan minyak bijan...smasa menu 2 dihidangkan,ssungut 2 masih bergerak2,dan jika x dikunya h betul2,sesungut 2 bley melekat dkat mulut or tkak korang..haha..sgt x sesuai utk org lemah jntung...n..JUARA nya ialahhh..

BALUT...makanan nih glemer kat Kemboja,Filipina n Vietnam...slalu diorang jual kat tepi2 jalan jerr..huhu..balut nih ialah telur ayam or itik yg bakal menetas 2,3 ari lg..ksian ayam2 n itik2 nihh..xsmpat nak tgk dunia..

semua bahan ni di copy paste dari bolg orang...oleh itu bahasanya juga tidak diedit...

Khamis, 21 Januari 2010

Keajaiban Nyamuk


Nyamuk, seekor makhluk yang lemah tapi menakjubkan.Ketika membuat perumpamaan seekor nyamuk, Alloh SWT hendak menjelaskan kepada manusia bahwa makhluk yang kecil ukurannya ini, agung dalam penciptaannya yang mengagungkan penciptanya.


Berikut ini adalah sebagian fakta tentang nyamuk :

  1. Dia adalah seekor betina.
  2. Memiliki seratus mata di kepalanya.
  3. Memiliki 48 gigi di mulutnya.
  4. Mempunyai 3 jantung diperutnya lengkap dengan bagian-bagiannya.
  5. Memiliki 6 pisau di belalainya dan masing-masing mempunyai fungsi yang berbeda.
  6. Memiliki 3 sayap pada setiap sisinya.
  7. Dia dilengkapi dengan alat pendeteksi panas yang bekerja seperti infra merah yang berfungsi memantulkan warna kulit manusia pada kegelapan menjadi warna ungu hingga terlihat olehnya.
  8. Dilengkapi dengan alat pembius yang membantu dari bahaya jarumnya, agar manusia tidak merasakannya. Adapun yang kita rasa seperti gigitan adalah hasil dari hisapan darah kita.
  9. Dilengkapi dengan alat penyeleksi darah, hingga dia tidak menyedot sembarang darah.
  10. Dilengkapi alat untuk mengalirkan darah hingga darah bisa mengalir lewat belalainya yang sangat lembut dan kecil.
  11. Dan yang lebih mengherankan lagi dari semua ini adalah bahwa ilmu pengetahuan modern telah mengungkap fakta bahwa di atas punggung nyamuk hidup serangga yang sangat kecil, yang tidak nampak kecuali dengan alat pembesar (mikroskop). Ini adalah salah satu bukti kebenaran dari firman Alloh SWT, “Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu…”

Inilah Islam, agama yang benar, yang telah datang dengan semua ini. Maka mari kita merasakan keagungan-Nya, sungguh merugi siapa yang menolak agama ini.

Wallahu a’lam

Selasa, 19 Januari 2010

SEL-SEL MIKRO DALAM TUBUH MANUSIA

Di bawah ini adalah gambar sel telur manusia. Ingin tahu bagaimana bentuk sel-sel tubuh kita lainnya yang diperbesar ribuan kali? Alat ini namanya scanning electron microscope (SEM), sejenis mikroskop elektron yang menggunakan gelombang elektron energi tinggi untuk men-scan suatu permukaan. Gelombang elektron dari SEM ini berinteraksi dengan atom-atom di dekat atau pada permukaan sampel yang akan diteliti, dan menghasilkan gambar 3-D beresolusi tinggi. Perbesarannya dari 25X hingga 250.000X. Detail dari benda berukuran 1 - 5 nm dapat dengan mudah dideteksi, termasuk bentuk dari sel telur, sel darah merah, atau embrio bayi manusia. Lihatlah keajaibannya....


Sel-sel Darah Merah


Bentuknya seperti permen cinnamon, gambar di atas adalah jenis yang paling umum dari sel darah di tubuh manusia - sel darah merah (red blood cell-RBC). Tugasnya mengirim oksigen ke seluruh tubuh; seorang wanita mempunyai kira-kira 4 - 5 juta RBC per mikroliter (kubik milimeter) darah, sedangkan lelaki mempunyai 5 - 6 juta RBC. Orang yang tinggal di dataran yang tinggi mempunyai lebih banyak RBC kerana kadar oksigen di lingkungannya yang lebih rendah.

Helai Rambut Manusia


Perawatan rambut yang teratur dan mungkin dengan sedikit conditioner yang bagus akan mencegah rambut anda rosak seperti ini.

Sel Otak Purkinje


Ada 100 miliar neuron (sel impuls otak) pada otak manusia, neuron Purkinje adalah yang terbanyak. Sel-sel ini adalah masternya koordinasi motorik di cerebellar cortex. Pengaruh racun seperti alkohol dan lithium, penyakit-penyakit autoimmune, mutasi genetik termasuk autisme dan penyakit-penyakit neurodegenerative dapat menyebabkan efek negatif pada sel-sel Purkinje manusia.

Sel Rambut di Telinga


Gambar ini adalah gambar sel rambut stereocilia di dalam telinga yang mendeteksi pergerakan mekanis untuk merespon vibrasi suara.

Lidah dengan Indera Perasa


Gambar di atas adalah gambar hujung indera perasa di lidah. Lidah manusia memiliki kira-kira 10.000 indera perasa yang bertanggung jawab membezakan rasa masin, hambar, pahit, manis, dan asam.

Plak Gigi


Rajin-rajinlah berus gigi, kerana gambar di atas itu padalah gambar plak gigi yang tidak terjaga...

Gumpalan Darah Beku


Lihat lagi gambar sel darah merah (RBC) di atas, yang ini adalah sel-sel yang sama yang berada di suatu gumpalan darah beku. Sel-sel yang di tengah adalah sel darah putih.

Kantung Udara Paru-Paru


Ini adalah gambar permukaan bahagian dalam dari paru-paru anda. Rongga-rongga berlubang itu adalah alveoli, disinilah terjadi pertukaran udara dengan darah.

Sel Kanser Paru-Paru


Gambar ini adalah paru-paru yang dirosakkan oleh sel-sel kanser, berbeza sekali dengan gambar paru-paru yang sihat .

Villi (Selaput Lendir) pada Usus Kecil


Villi pada usus kecil menambah area permukaan dari usus, yang membantu dalam proses penyerapan makanan. Perhatikan sari makanan yang menempel di celah-celahnya.

Sel Telur Manusa dengan Sel-sel Korona


Gambar ini adalah gambar sel telur di atas tempat kedudukannya. Telur ini dilapisi oleh zona pellicuda, suatu glycoprotein yang melindungi telur dan juga membantu menangkap sperma. Dua sel korona terlihat menempel pada zona pellicuda.

Sperma di Permukaan Sel Telur



Gambar-gambar di atas adalah sperma-sperma yang cuba membuahi sel telur.

Sperma dan Embrio Manusia


Gambar ini adalah kondisi 5 hari setelah pembuahan pada sel telur dengan sel-sel sperma tersisa yang masih ada di sekitarnya. Gambar fluoroscent ini di abadikan dengan menggunakan mikroskop confocal. Embrio dan nukleus sel sperma diberi warna ungu sementara ekor-ekor sperma yang berwarna hijau. Area yang biru adalah celah persimpangan, yang menghubungkan sel-sel tersebut.

Sel Telur yang Dibuahi


Ini adalah gambar sel telur yang dikelilingi sperma setelah terjadi pembuahan/persenyawaan Pronukleus lelaki dan permpuan dapat dilihat di tengah sebelum mereka menyatu menjadi nukleus tunggal dengan full kromosom. Seterusnya sel ini akan terus membelah membentuk embrio yang kompleks.

Embrio Manusia dengan 8 Sel


Embrio ini mengalami 3 siklus pembelahan sel dan masih dikelilingi oleh zona pellicuda, selaput luar yang liat.

Embrio Manusia 16 Sel


Gambar ini disebut juga morula. Embrio yang telah mengalami 4 siklus pemebelahan sel.

Embrio-embrio Manusia


Gambar ini adalah gambar kumpulan embrio-embrio, dari yang baru saja dibuahi hingga yang sudah siap ditanam di rahim.

Embrio Manusia Berumur 6 Hari


Dan akhirnya siklus kehidupan dimulai, gambar ini adalah embrio manusia yang berumur 6 hari dan mulai tertanam di dalam endometrium, di dinding rahim.

Luar biasa, ternyata tubuh kita ini dibentuk oleh miliaran sel-sel yang bersatu padu membentuk tubuh kita dan ajaibnya semuanya menjalankan fungsinya masing-masing dengan sempurna. Subhanallah. Maha Suci Allah, Maha Besar Allah, yang telah menciptakan semuanya ini.