Selasa, 7 Disember 2010

RENUNGAN SEMPENA MAAL HIJRAH-SEJARAH KAABAH

Kaabah yakni rumah Allah adalah kiblat di mana seluruh umat Islam menghadapnya ketika menunaikan solat.

Diriwayatkan bahawa Allah telah menjadikan tapak Kaabah itu disokong dengan empat tiang daripada air 2000 tahun sebelum Dia menciptakan dunia ini dan Dia telah membentangkan bumi dari bawah Kaabah. Tiang Kaabah itu panjangnya sehingga lapisan bumi yang ke tujuh.

Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda, “Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit dan ia betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh maka ia akan menghempap Kaabah”.

Sebelum Baitul Makmur dicipta, para malaikat tawaf mengelilingi Arasy pada masa yang sangat lama. Allah memandang mereka kemudian menurunkan rahmat kepada mereka. Allah membina sebuah rumah di bawah Arasy yang diberi nama Baitul Makmur. Allah memerintahkan para Malaikat supaya tawaf di Baitul Makmur dan tinggalkan Arasy. Para malaikat telah melakukan tawaf di Baitul Makmur sehingga jumlah yang memasukinya siang dan malam seramai 70,000 malaikat. Mereka tidak kembali lagi buat selama-lama.

Kemudian Allah mengutuskan para malaikat turun ke bumi dan berfirman kepada mereka, “Binalah sebuah rumah untukKu di bumi sepertinya”. Allah memerintah seluruh makhlukNya di bumi supaya tawaf mengelilingi Kaabah sebagaimana penghuni langit tawaf mengelilingi Baitul Makmur. Diriwayatkan bahawa Allah telah mengutuskan Jibril kepada Nabi Adam serta Hawa supaya membina satu rumah untukNya. Jibril telah menggariskan (rangka) kepada keduanya lalu Nabi Adam menggali tanah manakala Hawa mengangkutnya sehinggalah air menyahut serta menyeru dari bawah beliau meminta agar berhenti menggali dengan kata-kata, “Cukuplah wahai Adam!”

Setelah Nabi Adam wafat, anak-anaknya telah membina Kaabah dengan menggunakan tanah dan batu. Diriwayatkan bahawa orang yang membinanya ialah anak Nabi Adam iaitu Nabi Syith. Mereka sentiasa mendiami dan memakmurkan Baitullah dan begitulah juga dengan orang-orang yang selepas mereka sehinggalah tiba zaman Nabi Nuh, Kaabah telah runtuh dan kawasan tersebut ditenggelami air serta tidak dapat dikesani.

Kemudian Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina kembali Kaabah. Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat oleh Syith yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh itu. Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.

Ciri-ciri binaan yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim:

- Tingginya 9 hasta.
- Panjang di paras bumi dari Hajarul Aswad hingga ke penjuru sebelah Syam 32 hasta.
- Lebar di sebelah bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam hingga ke penjuru sebelah barat 22 hasta.
- Panjang di paras bumi bermula dari penjuru sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman 31 hasta.
- Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke Hajarul Aswad 20 hasta.

Selepas pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim, ia terus berdiri megah di bumi Allah dan tidak akan runtuh sehingga hari Kiamat. Namun usaha membaik pulih dan menyelenggarakan Kaabah tetap diteruskan sehingga sekarang. Berikut adalah rumusan sejarah pembinaan Kaabah.

- Binaan pertama: Malaikat
- Binaan kedua: Nabi Adam
- Binaan ketiga: Nabi Syith
- Binaan keempat: Nabi Ibrahim
- Binaan kelima: Kaum Amaliqah
- Binaan keenam: Kaum Jurhum
- Binaan ketujuh: Qusai bin Kilab (Abad keempat Masihi)
- Binaan kelapan: Abdul Mutalib
- Binaan kesembilan: Kaum Quraisy (Tahun 605 Masihi ketika Rasulullah berusia 35 tahun)
- Binaan ke-10: Abdullah ibnu Zubair (Tahun 64 hijrah)
- Binaan ke-11: Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi (Tahun 74 hijrah/693 Masihi)
- Binaan ke-12: Sultan Murad Khan (Tahun 1040 hijrah/1630 masihi)


Gambar lama Kaabah

Gambar lama Kaabah Pada 1880

Gambar lama Kaabah

Gambar lama Kaabah

Gambar lama Kaabah - secara dekat

Banjir Melanda Kaabah - 1941

Banjir Melanda Kaabah

Banjir Melanda Kaabah

Banjir Melanda Kaabah

Banjir Melanda Kaabah

Pandangan Atas Kaabah

Maqam Nabi Ibrahim a.s.

Kaabah Waktu Malam

Kaabah Waktu Malam

Kaabah Waktu Malam

Gambar Kaabah Pada Musim Haji

Gambar Kaabah Pada Musim Haji

Gambar Kaabah Pada Musim Haji

Menukar Kelambu Kaabah

Struktur Dalaman Kaabah

Pelan Dalaman Kaabah

Khamis, 25 November 2010

Rancangan Jahat Yahudi Untuk Mencuri Jasad Rasulullah S.A.W


Perang diantara orang Islam dengan org kafir Kristian di kenali sebagai Perang Salib. Ianya berlangsung begitu lama, kemenangan dan kekalahan berlaku silih berganti pada kedua belah pihak. Umat Islam berjuang berhabis-habisan menentang pihak musuh. Segala kekuatan dikerahkan kerana pada waktu itulah kesempatan yang paling baik utk memperolehi syahid di medan perang. Raja-raja dari semua kerajaan Islam memberikan sokongan padu kepada setiap panglima perang yang tampil memimpin para pahlawan Islam menentang kafir kristian yg datang dari Eropah.
Salah seorang yang banyak berjasa dalam perang Salib ini adalah sultan Nuruddin Zangki (Zenggi) berketurunan bangsa Kurdi dan berkedudukan di Mosul. Beliau diputerakan dalam tahun 118 masehi dan meninggal dunia pada tahun 1174 masehi. Seorang raja yang terkenal dengan takwa,warak dan adil. Disebabkan keadilannya itu dia digelar Malikul Adil (Raja yang adil).

Pada waktu malam, beliau bangun untuk solat Tahajjud dan berdoa agar rakyatnya hidup bahagia dalam keredaan Allah dan terselamat di akhirat nanti.Pada siang hari beliau banyak berpuasa dan selepas solat, wiridnya sentiasa panjang. Seluruh kekuatan yg di milikinya adalah utk menentang serangan tentera Salib agar tidak dapat menjajah negara islam. Beliaulah yg membentangkan jalan kepada Salahuddin Al-Ayyubi, panglima perang Salib di pihak Islam yg telah berjaya membebaskan bumi Palestin dari cengkaman kaum Salib. Beliau sentiasa tenang dan gembira melayan semua rakyat dan menteri -menterinya, sekali pun negara dalam keadaan darurat perang kerana beliau sudah bermimpi berjumpa Rasulullah S.A.W. pada suatu malam.Dalam mimpi itu Sultan Nuruddin melihat Rasulullah dalam keadaan gembira, menandakan perjuangan kaum muslimin yang di pimpinnya dalam berjihad berhasil.

Suatu hari Malikul Adil kelihatan tidak seperti biasanya, kali ini baginda nampak risau seolah-olah ada yang tidak kena dirinya. Menteri-menteri menyedari hal itu, namun mereka tidak berani bertanya. Kerisauan dan kegelisahan tersebut berpunca daripada mimpinya pada beberapa hari yang lalu. Mimpi itu sangat mengerikan dan sukar ditafsirkan.

Dalam mimpinya itu, baginda memakai baju yang cantik bergemerlapan dan berada di hadapan Rasulullah.Rasulullah memegang tangan Nuruddin dan menunjukan dua orang lelaki yang berada di hadapannya dan bersabda;"Kenalilah aku dan bebaskan aku dari dua orang itu!" Nurrudin terbangun, namun wajah Rasulullah dan dua orang lelaki itu kelihatan jelas di hadapan seperti bukan mimpi. Wajah kedua lelaki itu kelihatan kemerah-merahan.

Tidak seorang pun diberitahu tentang mimpi itu dan beliau yakin bahawa yang datang itu benar-benar Rasulullah S.A.W. Baginda Rasulullah sendiri telah bersabda; "Siapa yang melihat aku dalam mimpi, sama ertinya melihat aku di waktu bangun kerana syaitan tidak akan datang menyerupai aku." Keyakinan Raja Nuruddin akan kesahihan mimpinya itu dikuatkan lagi oleh mimpinya yang dahulu berhubung dengan peperangan.

Ketika itu Rasulullah kelihatan sangat gembira sekali. Tetapi mengapa kali ini beliau kelihatan sedih? Dan siapakah gerangan dua lelaki yang ditunjukkan oleh Rasulullah itu? Nuruddin tidak habis-habis merenung dan berfikir; "Ah..ini tentu ada yang tidak kena pada keperibadian baginda yang mulia atau akan ada sesuatu yang mengancam maruah umat islam."

Dalam seminggu lamanya dia memikirkan hal itu dengan risau. Tiba-tiba mimpi itu berulang lagi, peristiwa seperti mimpi yang dahulu dan Rasulullah memanggil-manggil Nuruddin lagi:"Kenalilah aku dan bebaskan aku dari dua orang itu."Baginda terkejut dan bangun kemudian langsung berwudhuk terus bersolat tahajjud dan berzikir sebanyak-banyaknya di malam yang sunyi itu.

Kerana terlalu lama berzikir, baginda tertidur dalam duduk dan wajah Rasulullah menjelma lagi.Dalam masa yang tidak seberapa lama sudah tiga kali beliau berjumpa dengan Rasulullah dalam keadaan yang muram. "Perkara ini benar-benar serius agaknya dan tidak boleh aku simpan seorang sahaja." Kata Nurruddin di dalam hatinya.

Apabila beliau tergerak hati untuk memanggil orang kepercayaannya, beliau teringat akan sabda Rasulullah."Apabila seseorang bermimpi buruk, janganlah diceritakan kepada sesiapa pun. Insyallah tidak akan terjadi apa-apa." Nuruddin berfikir sekejap, sanggupkah beliau menyimpan mimpi itu seorang diri? Tidak, mimpi itu sudah tiga kali datang, dan yang datang adalah manusia yang termulia.

Selepas solat subuh, Raja Nuruddin memanggil seorang menteri kepercayaannya, Jamaluddin Al-Mushly. Lelaki itu sangat warak, takwa dan amanah seperti rajanya juga. Oleh kerana itu, dialah satu-satunya orang yang dipanggil oleh Nuruddin berhubung dengan mimpinya. Raja Nuruddin yakin, menterinya itu tidak akan membocorkan rahsia negara dan raja.

Hari masih terlalu pagi, suasana masih gelap, disana kedengaran kokok ayam silih berganti dan waktu kerja pun masih lama lagi akan bermula. Namun menteri Jamaluddin sudah berangkat ke istana negara kerana menjunjungi titah. "Engkau adalanh orang yang paling kupercayai untuk menyimpan rahsia negara selama ini. Oleh kerana itu aku tidak merasa ragu lagi menceritakan mimpiku ini kepadamu.Jamaluddin mendengar dengan serius. Dia sendiri turut merasa gerun mendengarkan cerita rajanya.

Kemudian Jamaluddin berkata." Ini memang betul-betul mimpi yang benar wahai tuanku, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupai Rasulullah." "Betul tu, aku pun merasa demikian." kata Raja Nuruddin menyokong pendapat Jamaluddin."

Raja Nuruddin bertanya,"Jadi, agaknya apakah pendapat mu tentang mimpiku itu?" Jamaluddin menjawab."Menurut pendapat saya, ada rancangan jahat orang tertentu yang ditujukan kepada Rasulullah dan Rasulullah tidak menyenanginya. Tuanku diberi tugas untuk mengagalkan rancangan jahat itu."

Nuruddin seolah-olah dikeluarkan dari kebuntuan setelah mendengar tafsiran daripada Jamaluddin itu. Beliau percaya bahawa pendapat menterinya itu benar.

Raja Nuruddin berkata:"Pendapatmu betul, sekarang kemana dan bagaimana kita mesti mencari dua lelaki yang ditunjukan oleh Rasulullah itu?" Jamaluddin mengajukan usul: "Bagaimana kalau tuanku pergi ke Madinah terlebih dahulu. Di sana tuanku dapat berdoa dimakam Rasulullah yang mulia, memohon petunjuk daripada Allah di sisi kubur kekasihnya. Mudah-mudahan di sana tersingkap rahsia mimpi tuanku."

Semua persediaan dan bekalan segera disiapkan. Maka pada hari yang telah ditetapkan, beribu-ribu rakyat berpusu-pusu di hadapan istana untuk mengucapkan selamat jalan kepada raja mereka yang dihormati. Raja Nuruddin berangkat bersama-sama beberapa orang pegawai tinggi menuju ke Madinah. Di setiap kampung yang di laluinya, beliau disambut mesra oleh rakyatnya.

Beliau merasa puas dapat berjumpa dengan berbagai rakyat, begitu juga rakyat merasa gembira bertemu dengan raja yang berjiwa rakyat dan sentiasa tersenyum kepada semua rakyat. Namun disebalik senyumannya ada perasaan risau dan ngeri yang sentiasa menghantui beliau, Tidak sesaat pun wajah kedua lelaki di dalam mimpinya itu hilang dari pandangan beliau.

Beliau juga dapat mengambarkan dengan jelas perawakan kedua lelaki itu baik dari bentuk wajah,mata,susunan gigi,mulut, janggut bahkan kesemua seluruh tubuh kedua mereka. Kalau kedua lelaki itu melintas dihadapan baginda sudah pasti akan di tangkapnya. Disebabkan beliau asyik memikirkan tentang kedua lelaki tersebut, kadang-kadang beliau terpisah dari rombongannya.

Beliau tidak putus asa untuk mencari kedua lelaki itu, secara bersendirian, beliau mengembara di antara bukit-bukit. Para pegawai tidak berani menegur apa-apa sebaliknya memerhatikan sahaja raja mereka dari jauh. Hanya menteri Jamaluddin sahaja yang sesekali mengingatkan beliau apabila beliau terpisah jauh dari rombongan.

Setelah beberapa hari perjalanan, rombongan beliau sampai di sempadan Madinah. Jamaluddin memberitahu beliau: "Tuanku, sekejap lagi kita kan memasuki kota Rasulullah S.A.W., oleh itu bersiap sedialah Tuanku." Raja berkata:"Apakah cara yang harus aku lakukan untuk memasuki kota yang mulia itu?" Jamaluddin berkata: "Pertama hendaklah tuanku mandi dan bersuci, kemudian masuklah ke masjid Quba' dan bersolat tahiyatul masjid, ini adalah unutk menghormati masjid yang dibina dengan tangan Rasulullah S.A.W. sendiri."

Raja dan rombongannya mengikut arahan Jamaluddin, setelah selesai mengerjakan solat di masjid Quba' rombongan raja menuju ke taman Raudhah. Di taman yang mulia itu lah jenazah Rasulullah S.A.W. bersemadi. Perasaan mereka yang berada dihadapan tempat jenazah baginda Rasulullah S.A.W. disemadikan adalah amat berlainan sekali. Mereka berasa seolah-olah berada di satu alam yang lain. Lalu raja mengangkat tangannya tinggi-tinggi dan memohon kepada Allah S.W.T. supaya rahsia disebalik mimpinya itu di perlihatkan kepadanya sebelum kedua manusia jahat melaksanakan niat jahat mereka. Detikkan hati Raja Nuruddin yang begitu kyusyuk dalam doanya menyebabkan air matanya mengalir tanpa disedarinya. Memang disinilah salah satu tempat diperkenankan doa. Wajah Rasulullah S.A.W. semakin jelas di mata raja Nuruddin seolah-olah Rasulullah menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan raja Nuruddin.

Beliau terdengar suara dekat telinganya yang berbunyi:" Kenalilah aku, dan bebaskan aku dari kedua lelaki ini." Setelah baginda berdoa dengan penuh kyusyuk di taman Raudhah, kemudian datang petunjuk dari Allah seolah-olah beliau dapat menyingkap tafsir mimpinya itu di kota mulai tempat bersemadinya Rasulullah S.A.W.

Oleh kerana raja Nuruddin ingin segera mengetahui makna mimpinya yang menakutkan itu, lalu beliau memenggil gabenor Madinah dan berkata: "Beta mahu kamu kumpulkan kesemua penduduk Madinah, beta ingin bersalaman dengan mereka." Gabenor Madinah itu berkata:"Baik tuanku, segala titah tauanku akan patik laksanakan."

Gabenor Madinah pun segera menyampaikan pesanan raja kepada penduduk Madinah dan penduduk yang berhampiran kota Madinah. Setelah berita itu disebarkan maka orang ramai bersama seisi keluarga pergi ke dewan orang ramai dengan perasaan gembira. Tidak seorang pun yang tertinggal.Mereka yang tua dan uzur diusung sehingga banyak sekali usungan yang kelihatan dalam perjalanan menuju ke dewan orang ramai itu.

Setelah Raja Nuruddin sampai di dewan orang ramai, maka beliau pun memendang kepada rakyat sebagai penghormatan. Mata raja Nuruddin mencari-cari wajah yang menjadi buruannya tetapi tidak juga kelihatan. Raja Nuruddin semakin risau, beliau duduk sekejap dan berbincang dengan pegawai-pegawai dari Madinah.

Raja Nuruddin berkata:"Apakah masih ada rakyat yang melepaskan peluang untuk bertemu dengan beta? Cuba siasat sekali lagi." Kemudian para pengawai dari kota Madinah berbincang sesama mereka, mereka cuba mengingati wajah-wajah yang hadir. Tiba-tiba seorang pegawai berkata dengan serius dan bersemangat:"Betul tuanku, saya ingat masih ada dua orang kenamaan di Madinah yang tidak hadir di sini, mungkin kedua mereka tidak mendengar tentang ketibaan baginda tuanku ke sini."

Raja Nuruddin berkata:"Di manakah mereka berada dan siapakah mereka itu?" Denyutan jantung Raja Nayuddin semakin cepat tetapi beliau menahan perasaannya. Orang yang mengenali kedua lelaki itu berkata:"Mereka berdua adalah ahli tasauf dan ahli hikmah, sangat warak dan sangat banyak ibadahnya, sesiapa sahaja yang pergi kepada mereka akan menerima fatwa-fatwa yang menyejukkan dan menerima sedekah.

Kedua mereka juga adalah dermawan dan telah banyak sekali membantu orang miskin dan fakir." Raja Nuruddin sangat tertarik dengan huraian pegawai tersebut, dan beliau berkata:"Beta ingin sangat bertemu dengan kedua mereka, jemputlah mereka sekarang juga."

Tidak berapa lama kemudian kedua mereka itu pun datang ke dewan orang ramai setelah diundang. Kedua mereka berjalan dengan tunduk dan tawadhuk, sementara mulut mereka tidak terhenti-henti berzikir kepada Allah S.W.T.

Apabila kedua mereka berdiri di hadapan raja Nuruddin, beliau terperanjat kerana kedua mereka itulah yang muncul di dalam mimpinya. Ternyata sekali beliau tidak bermimpi, beliau kini berada betul-betul dihadapan orang yang menjadi buruannya. Raja Nuruddin yakin bahawa itu lelaki yang muncul dalam mimpinya. Kalau ikut kan hati, hendak sahaja dia bertanya:"Siapakah kamu berdua ini."

Raja Nuruddin bertambah hairan, ini adalah kerana mereka berdua itu begitu kyusyuk dan tawadhuk, gerak geri mereka tidak sedikit pun mencurigakan. Dari segi rambut, serban mengikut sunnah Rasulullah. Sewaktu bersalaman menunjukan adab seorang alim dan ahli tasauf, tutur kata nya penuh hikmah dan selalu berasaskan Al-Quran dan hadis,tetapi mengapa Rasulullah minta dibebaskan dari kedua orang itu? Apakah dosa yang dilakukan mereka? Raja Nuruddin serba salah kerana mereka berdua dikenali sebagai orang alim dikalangan penduduk dan sentiasa menunjukkan sifat yang penuh tasauf, beliau juga menghormati kealiman dan ketasaufan mereka.

Selepas majlis selesai, orang ramai pun bersurai. Raja Nuruddin masih tidak puas hati kerna teka-teki yang menghantui nya belum terjawab.

Selepas menunaikan solat Raja Nuruddin beristighfardan berzikir, kemudian beliau berdoa panjang, dalam doanya beliau meminta yang lebih jelas dari Allah S.A.W.

Ketika Raja Nuruddin duduk bersendirian, lalu datang menterinya Jamaluddin dan berkata:"Wahai tuanku, sudahkah tuanku jumpa dengan dua lelaki yang tuanku cari itu?" "Ya..sudah." "yang mana satu tuanku?" "Jemputan yang terakhir sekali, beta pasti itu lah orang yang ditunjukan Rasulullah S.A.W. dalam mimpi ku."

Raja Nuruddin berkata:"Tetapi yang peliknya beta tidak dapat sesuatu yang mencurigakan pada diri mereka itu, akhlaknya gerak-gerinya dan tutur katanya semuanya mengambarkan keperibadian Rasulullah S.A.W.

Setelah Jamaluddin mendengar kata-kata rajanya, maka dia pun berkata:" Tuanku, ketahuilah bahawa seseorang yang pada zahirnya menunjukkan baik dan mengikut cara Rasulullah, belum tentu hatinya baik. Boleh jadi mereka hanya berpura-pura supaya orang ramai tidak mencurigainya. Padahal dia adalah musuh yang jahat.

Raja Nurudin memang tahu tentang tipu helah orang-orang kafir yang sentiasa hendak merosakkan Islam dengan berbagai cara. Raja Nuruddin berkata lagi:"Apakah yang harus kita lakukan?" Jamaluddin berkata:"Tuanku mestilah mengadakan perisikan ke rumah orang itu secara sulit."

Raja Nuruddin dan menterinya Jamaluddin mengadakan perbincangan secara rahsia tentang cara yang terbaik untuk mendapatkan maklumat tentang pergerakan kedua lelaki yang disyaki. Setelah sekian lama mereka berbincang akhirnya mereka mendapat satu cadangan yang baik, yakni orang ramai di jemput untuk menghadiri rumah terbuka atas arahan Raja Nuruddin. Kedua orang yang disyaki juga di jemput sebagai tetamu kehormat.

Rahsia ini tetap menjadi rahsia antara Raja Nuruddun dan menterinya Jamaluddin. Gabenor Madinah di beri tugas menjayakan majlis tersebut. Kesemua bahagian di dalam rumah itu diperiksa oleh Raja Nuruddin, malangnya tidak ada satu pun benda yang mencurigakan.Sebaliknya dalam rumah tersebut dipenuhi ayat-ayat Al-Quran yang digantung juga hadis nabi. Didalam almarinya dipenuhi dengan kitab-kitab agama, fekah dan tasauf.

Keadaan rumah itu mengambarkan seolah-olah pewaris nabi S.A.W. Hati kecil Raja Nuruddin bertanya dalam hati, apakah lagi yang harus aku syaki? Kenapa baginda Rasulullah S.A.W. meminta pertolongan dariku supaya di bebaskan dari kedua lelaki itu? Setelah merasa puas menyelidik rumah tersebut, Raja Nuruddin mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah tersebut.

Apabila beliau hendak melangkahkan kaki, datang ilham yang membuat beliau teringin hendak melihat permaidani yang sangat indah terbentang di sudut rumah Raja Nuruddin merasa sangat kagum dengan keindahan dan kehalusan permaidani yang dianggap cukup mahal itu. Raja Nuruddin tidak puas hati dengan melihat sahaja permaidani itu tetapi baginda ingin membelek-belek permaidani itu.

Sewaktu Raja Nuruddin membelek permaidani itu, beliau ternampak di bawah permaidani itu ada papan, Raja Nuruddin mulai curiga tentang papan itu, lalu beliau mengangkat papan tersebut perlahan-lahan, ternyata dibawah papan itu terdapat sebuah terowong yang bertangga. Raja Nuruddin meneliti arah perginya terowong itu, akhirnya beliau terkejut dan berkata:" MasyaAllah, terowong ini menuju ke arah makam Rasulullah S.A.W.

Kemudian Raja Nuruddin mengarahkan supaya kedua lelaki itu di tangkap.Dengan terbongkarnya rahsia tersebut, yakinlah Raja Nuruddin terhadap makna mimpinya itu, kedua lelaki yang menyamar alim itu adalah musuh yang hendak mencuri jasad Rasulullah S.A.W Orang ramai datang menyaksikan keadaan di rumah orang alim itu.

Beberapa orang telah turun kedalam terowong yang sangat ajuh itu dan akhirnya mereka mendapati terowong itu sudah terlalu hampir dengan jasad Rasulullah S.A.W. Setelah mendapat kepastian tentang terowong tersebut, orang ramai memukul kedua lelaki tersebut dan terus di bawa ke muka pengadilan.

Di mahkamah, keduanya menggaku sebagai agen Yahudi. Orang-orang Yahudi memberi perbelanjaan yang cukup banyak kepada mereka untuk mencuri jasad Rasulullah S.A.W. dari makamnya. Apabila jasad Rasulullah berada di tangan pihak Yahudi, maka mudahlah mereka merendahkan martabat kekasih Allah dan menghina umat Islam.

Umat Islam di Madinah merasa tertipu dan akhirnya kedua mereka dijatuhi hukuman mati. Raja Nuruddin telah memerintahkan supaya keempat penjuru (sekeliling) makam Rasulullah di pagar dengan konkrit sampai ke bawah tanah untuk mengelakkan perkara sebegini terjadi lagi.

Sebelum Raja Nuruddin berlepas dari Madinah sekali lagi beliau bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W., kali ini Rasulullah S.A.W. merangkul dan memeluk beliau.

Sebelum Raja Nuruddin berangkat meninggalkan Madinah beliau memberi taklimat terakhir kepada penduduk Madinah akan kejahatan dan dendam orang Yahudi terhadap Islam, dendam mereka terhadap Islam akan berterusan.

Raja Nuruddin pun kembali ke Mosul dengan diiringi doa dan airmata oleh sekelian rakyat uang menyintainya.

Ketahuilah bahawa hari ini orang Yahudi sudah berjaya menghancurkan perpaduan Islam. Mereka telah berjaya melagakan umat Islam sesama sendiri.

Semoga kita segera bersatu untuk menegakkan kembali Islam yang Agung.

** SEKIAN WASSALAM.

Rabu, 30 Jun 2010

SEGALANYA TENTANG AYAH,ABAH ATAU......

  • Ayah selalu inginkan anak-anaknya mempunyai lebih banyak masa terluang daripada dirinya. Lebih sedikit kesulitan dan lebih banyak masa diluangkan dengannya.
  • Ayah selalu membiarkan kita menang dalam permainan semasa kita kecil dan tidak mahu kita membiarkannya menang dalam permainan dengannya ketika kita besar.
  • Selalunya ayah tidak ada dalam album keluarga kerana dia yang selalu menjadi juru gambar.
  • Ayah selalu menepati janjinya. Dia akan memegang janjinya untuk membantu rakan-rakanya walaupun sebenarnya pelawaan kita untuk bersama lebih menyenangkannya.4
  • Ayah akan merasa sedikit sedih bila melihat ank-anaknya keluar bermain dengan teman-temannya kerana, dia sedar itu adalah akhir masa kecil anak mereka.
  • Ayah sudah mula membuat rencana hidup kita ketika ibu baru mengandungkan kita dan semasa lahir, ayah sudah mulai cuba untuk perubahan.
  • Ayah membantu kita membuat impian menjadi kenyataan walaupun perkara itu dianggapnya mustahil seperti mengajar kita berenang di usia kecil.
  • Ayah mungkin tidak tahu japan untuk setiap pertanyaan tetapi ayah akan membatu untuk mencari jawapannya.
  • Ayah mungkin nampak garang didepan kita, tetapi sebenarnya dimata teman-temannya, dia sebenarnya baik dan penyayang.
  • Ayah payah untuk menjadi teman kita, tetapi ayanh adalah sahabat seumur hidup.
  • Ayah senang untuk membantu seseorang, tetapi payah untuk meminta bantuan.
  • Apabila ayah didapur, mamasak seperti pelajaran ilmiah. Ayanh mempunya rumus-rumus tertentu dan hanya ayah yang mempunyai cara penyelesaian rumusan formula ciptaanya. Dan hasilnya, tidaklah mengecewakan sangat.
  • Ayah mungkit tidak pernah menyetuh penyapu semasa mudanya. Tapi ayah boleh belajarnya dengan cepat.
  • Ayah tahu macammana hendak membuaikan kita dalam ayunan dengan cukup tinggi, tetapi tidak akan membuatkan kita takut.
  • Ayah sangat senang membelikan kita makanan selepas balik dari kerja walaupun kita biasanya tidak akan tinggalkan sedikitpun untuknya.
  • Ayah selalu mendoakan kejayaan kita didunia dan akhirat tetapi kita jarang bahkan ada yang tidak pernah langsung mendokan untuk ayah kita.
  • Ayah akan memberikan kita tempat yang terbaik dengan meletakkan kita di bahunya ketika ditempat yang ramai dan sesak.
  • Ayah tidak memanjakan kita ketika kita sakit. Tapi ayah tidak tidur semalaman untuk bersedia jika kita memerlukannya.
  • Ayah akan membiarkan anaknya berdikari dan tidak akan memberitahu kita apa yang harus kita lakukan. Ayah akan menyatakan tidak setuju jika tidak sesuai dan hanya akan tersenyum bila betul.
  • Ayah percayakan ketepat waktu, sebab itulah selalunya ayah lebih awal dari kita.
  • Ayah akan melupakan segala keinginannya agar dapat memakbulkan segala apa yang kita inginkan.
  • Ayah menghentikan segala kerja-kerjanya jika kita ingin berbicara dengannya.
  • Ayah sentiasa berfikir dan bekerja keras untuk membayar yuran pelajaran kita setiap tahun, meskipun kita tidak ernah terfikir untuk mengira berapa banyak kerutan di dahinya.
  • Ayah meangakat beban berat dibahu kita dengan menampung tangannya disekeliling bebanan itu.
  • Ayah selalu berkata "tanyalah dengan mak kamu" ketika ayah ingin katakan "tidak" kerana tidak mahu menyakiti hati kita.
  • Ayah tidak memarahi tetapi mukanya bertukar kemerahan ketika anak gadisnya keluar malam tanpa izinya.
  • Dan ayahpun tidak memarahi anak lelakinya kecuali ketika menangkap anak lelakinya yang masih sekolah menghisap rokok dalam tandas.
  • Ayah selalu memberikan kata ujian denagn "tidak apa jika mengambil sedikit resiko asalkan kamu sanggup kehilangan dengan apa yang kamu harapkan".
  • Pujian terbaik dari ayah adalah bila melihat kita melakukan sesuatu yang baik persis dengan caranya.
  • Ayah lebih berbangga dengan prestasi kita daripada prestasinya sendiri
  • Ayah hanya akan bersalam dengan kita ketika kita pertama kali hendak merantau kerana jika ayah memeluk kita, ayah tidak akan sanggup untuk melepaskannya lagi.
  • Ayah tidak suka menitiskan air matanya. Ketika kita baru dilahirkan dan mendengar tangisan pertama kita, air matanya akan keluar dengan sendirinya ketika selesai mengazan @ iqamatkan kita.
  • Ayah selalu menghilangkan rasa takut kita dengan memeluk kita
  • Ayah akan menangis dan tidak tidur malam jika anak gadisnya tidak memberikan khabar berita lebih dari sebulan ketika di perantauan.
  • Ayah akan berpesan "jika kita inginkan pedang yang tajam dan berkualiti tinggi, jangan carinya di pasar, tapi pesanlah terus daripada penempa pedang. Begitu juga dengan teman dan cinta dalam hidup kita. Jika ingainkan cita dan teman sejati, mintalah dengan Yang Maha Pencipta."
  • Untuk masa depan anak lelakinya, ayah berpesan "jadilah lebih kuat dan baik daripadaku, pilihlah ibu untuk anak-akanmu yang lebih baik dari ibumu. Berikan yang lebih baik untuk menantu dan cucu-cucuku lebih baik daripada apa yang teah ku berikan kepadamu."
  • Dan untuk anak gadisnya pula ayanh berpesan "Janganlah manja walaupun kamu perempuan. Jadilah sesalulu bidadari kecilku dan terbaik untuk ayah anak-nakmu kelak. Carilah suami yang boleh melindungimu lebih dari perlindungan yang ayah berikan. Tetapi jangan sesekali kamu manggantikan posisi ayah dihatimu".
  • Ayah juga berkata "jadikanlah anak-anakmu lebih baik dari kamu dahulu"
  • Ayah membuatkan kita percaya diri keran ia percaya pada kita.
  • Ayah tidak mencuba menjadi yang terbaik, tapi cuba melakukan yang terbaik ntuk kita.
  • Dan terpenting adalah... Ayah tidak pernah menghalangi kita untuk mencintai Tuhan, bahkan ayah akan membentangkan seribu jalan agar kita dapat menggapai cintaNya, kerana diapun mencintaimu kerana cintaNya.

Selasa, 25 Mei 2010

Panduan tidak sombong




Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. [Surah Luqman:18]


Beberapa panduan daripada Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.

Rabu, 12 Mei 2010

MEMORI KERETA OREN

Tiba2 teringat keta oren...apa khabar keta oren skrg ni?Iwan, jagala elok2 keta abang tu...