Isnin, 26 Oktober 2009

HADI DI KARNIVAL PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH

Paling bergaya...Hadi laa....
Paling Hensom....Hadi laaa....
Lukisan Paling cantik..Hadi laaaa...
Tengah raptai....
HADI DAN IFFAT..........

Tarikh :24/10/09
Hari :Sabtu
Masa :8.00 Pagi
Tempat :SK Besout
Program :Karnival Prasekolah Peringkat Daerah
Info : Sabtu lepas Hadi mewakili sekolahnya SK Seri Bidor dalam dua acara iaitu sajak dan persembahan kumpulan.Pertandingan kali ini merupakan pertandingan peringkat Daerah setelah menang peringkat Zon Bidor dulu..tapi nasib kurang menyebelahi Hadi..Hadi cuma dapat tempat ke-3 sahaja dalam acara kumpulan manakala dalam acara sajak saguhati je..pe pun tahniah Hadi sampai tahap tu memang Hadi ada bakat dan berani..abah dulu pun tak sampai tahap macam tu...

Khamis, 22 Oktober 2009

Makna Ejaan Pada Nama

Cuba eja nama anda. Kemudian lihat siapa anda jika mengikut firasat di bawah ini:
A – anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.
B – anda selalu berwaspada bila bertemu kenalan baru.
C – anda ada kelebihan, jangan malu mempamerkannya.
D – anda ada masalah dalam mempercayai orang lain.
E – anda sentiasa seorang yang exited (ghairah).
F – semua orang menyayangi anda.
G – anda ada cara sendiri untuk menilai manusia.
H – anda bukan seorang judgmental, kurang otak keadilan.
I – anda mudah senyum dan boleh membuat orang lain senyum.
J – anda seorang yang cemburu.
K – anda suka mencuba perkara-perkara baru.
L – anda sangat percaya dengan cinta dan mudah tenggelam ke dalamnya.
M – kejayaan mudah datang kepada anda.
N – anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan.
O – anda seorang yang berfikiran terbuka.
P – anda seorang yang mudah berkawan dan mudah memahami.
Q – anda seorang hipokrit.
R – anda seorang yang gemar social.
S – anda sangat broad-minded (fikiran terbuka).
T – anda ada sikap canggih, amat canggih.
U – anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dengan orang lain.
V – fizikal anda baik sekali.
W – anda suka menyendiri.
X – anda tak akan benarkan orang bagitahu apa yang patut anda buat.
Y – anda selalu penyebab pada banyak masalah.
Z – anda selalu bergaduh dengan seseorang.

Tak semestinya betul, harus salah. Sekadar suka-suka dan mungkin panduan untuk mengenali diri sendiri dan juga orang lain. Ikut pemerhatian saya selalunya ada kena mengena dan betul. Jika betul itu kebetulan, jika salah itu juga kebetulan. Yang betul dan baik rangsang terus, yang salah dan tak baik gantikan dengan yang baik atau hapus terus.
- Dr. Hm Tuah Iskandar Al-Haj -

Contoh:-
I – anda mudah senyum dan boleh membuat orang lain senyum.
M – kejayaan mudah datang kepada anda.
A – anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.
M – kejayaan mudah datang kepada anda.

:-)saje suka-suka jgn percaya 100%

Wallahu a’lam

Rabu, 21 Oktober 2009

PAU SENANG HATI



JOM BUAT KUIH

NAMA KUIH :PAU SUKA HATI

BAHAN-BAHANNYA

Tepung gandum suka hati

Serbuk Mauripan suka hati

Susu pekat suka hati

Majerin suka hati

Air suka hati(ikut bajet) guna air hujan jika hujan turun pun suka hatila

BAHAN-BAHAN LAIN

Besen suka hati saiznya

Pengukus mesti ada tak boleh suka hati

Dapur gas atau dapur kayu (mana-mana pun suka hati)

Pencungkil gigi (untuk yang gigi berlubang selepas makan Pau Suka Hati)

Gunting atau pisau tak kisah suka hatila

Intinya

Suka hati (takde inti pun suka hati)

Cara membuatnya

  1. Suka hati (Kalau dipaksa jangan buat tu tak suka hati)
  2. Boleh berdiri atau duduk (Bertinggung tidak digalakkan...Ahhh!!!suka hatilaa.
  3. Gunting plastik tepung suka hati saiznya.
  4. Tuangkan tepung ke dalam besen,letakkan balik plastik tepung tu..dan gunting tu..
  5. Masukkan susu (pastikan susu telah ditebuk..jangan dengan tin..tinnya di masuk...INGGATTT susunya sahaja bukan TIN!!
  6. Masukkan serbuk mauripan (INGAT!! Serbuknya sahaja)
  7. Masukkan majerin suka hati..
  8. Masukkan air hujan tadi
  9. Uli sehingga tepung tidak melekat pada tangan
  10. Lepas tu basuhla tangan tu..
  11. Bentukkan tepung mengikut cita rasa
  12. Biarkan 45 minit setengah
  13. Bubuh inti
  14. Biarkan 10 minit setengah
  15. Kukus
  16. Angkat
  17. Makan
  18. Cungkil gigi jika pau tersangkut pada gigi.
  19. Tunjukkan tanda BEST..sebagai tanda SUKA HATI
  20. BEGITULAH CARA MEMBUAT DAN MEMAKAN PAU SUKA HATI


Antara petua-petua membuat pau ini ialah :
1. Gunakan tepung pau kerana lebih putih .Pau akan jadi lembut dan kenyal.
2. Setelah diadun menjadi doh hendaklah diuli dengan tangan selama 15 minit hingga doh lembut. Jika guna mesin lebih baik.
3. Rehatkan doh selama lebihkurang 45 minit agar ia naik 3 x ganda.
4. Tumbuk doh bagi keluarkan angin dan boleh dicanai.
5. Setelah diisikan inti, rehatkan lagi doh 20 minit hingga ia naik 2 x ganda.
6. Air hendaklah mendidih baru masukkan pau.
7. Boleh gunakan pengukus aluminium atau pengukus buluh.
8. Pau yang telah dibentuk disusun dalam dulang kecil yang muat dimasukkan dalam pengukus.
9. Lapik penutup kukus dengan kain nipis agar air tak menitik.
10. Kukus pau selama 15 minit dengan api besar.
11. Simpan pau yang telah sejuk dalam bekas bertutup agar tidak kering.
12. Pau yang telah sejuk boleh dikukus semula dan menjadi lembut semula.



Sabtu, 17 Oktober 2009

JAMUAN HARI RAYA

Ni gambo semasa pegi jamuan raya rumah Abg Khusni (adik Syeikh Mohammad Nor Mansur)kami sempat jugak bertemu dengan Tuan Syeikh...tapi tak sempat bergambo..
Ni pun semasa di rumah abg Khusni..
Jamuan Raya di TSB
Hari ni kami sekeluarga ke Jamuan Hari Raya Taman Seri Bidor..Jamuan kali ni digabungkan dengan majlis khatam al-quran SAR Taman Seri Bidor...anak abah Nursyahirah menjadi salah seorang pesertanya...

Rabu, 14 Oktober 2009

LAWAK KEMBAR


Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”"Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”"Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.”Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,

“Apakah yang merunsingkan awak?”

Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”

P/s :- Bahaya bahaya :)

NASIB DOLPHIN



Isnin, 12 Oktober 2009

HADI NO 1





10/10/09 Sabtu hari bersejarah bagi Hadi kerana pada hari tu Hadi mewakili sekolahnya dalam pertandingan Sajak,persembahan dan melukis peringkat zon Bidor..bagi pertandingan sajak dan persembahan kumpulan Hadi berjaya menjadi johan...dan akan berentap di peringkat Daerah yang akan berlangsung di SK Besout..tarikh abelum tau lagi...apa pun tahniah dari abah,ummie dan kakaknya Syahirah...moga Hadi terus berjaya...

Jumaat, 2 Oktober 2009

HADI BERAYA DI SEKOLAH...

Sempat bergaya kat rumah....
Hadi bersama kawan-kawnnya...Iffat dan Alif..
Hadi dengan Alif...
Hari ni pagi-pagi lagi anak teruna abah yang sorang ni sibuk bukan main..sbbnya kat sekolahnya Pra SK Seri Bidor ada bt majlis sambutan hari raya...tengokla gambo yang sempat dirakamkan..gambo ni antara pukul 6.30-7.00 pagi.. waktu pada gambo tu salah set..

Khamis, 1 Oktober 2009

Punca hilang ingatan dan petuanya

Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda

Kurangkan makan bawang besar

Kurangkan makan berempah

Kurangkan makan ketumbar kering

Kurangkan menonton hiburan

Kurangkan membaca majalah hiburan

Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak

Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)

Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2

Jangan makan kepala ikan

Jangan minum air yang ada semut

Jangan tidur selepas subuh

Jangan tidur selepas asar

Jangan tidur selepas makan

Jangan makan terlalu kenyang

Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam

Jangan menyapu rumah pada waktu malam

Jangan makan yang masam-masam berlebihan

Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan

Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam


Perkara-perkara yang perlu diamalkan

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2

Selalu makan makanan yang panas2

Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2

Selalu minum air masak

Selalu makan ulam2

Selalu mengamalkan pandangan hijau

Selalu bersenam

Selalu menggunakan imajenasi otak

Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya

Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Jangan ego

Jangan dengki pada orang lain

Jangan makan dari sumber yang tidak halal

Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal

Jangan makan makanan yang ada pewarna

Jangan makan makanan yang ada pengawet

Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali

Jangan mandi selepas 9.00malam

……dan yang paling penting dibawah ini……..

selamat beramal…..

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal ( kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat ).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

(Surah Al-Ahzab:71)

sumber: blogger