Rabu, 21 Oktober 2009

PAU SENANG HATI



JOM BUAT KUIH

NAMA KUIH :PAU SUKA HATI

BAHAN-BAHANNYA

Tepung gandum suka hati

Serbuk Mauripan suka hati

Susu pekat suka hati

Majerin suka hati

Air suka hati(ikut bajet) guna air hujan jika hujan turun pun suka hatila

BAHAN-BAHAN LAIN

Besen suka hati saiznya

Pengukus mesti ada tak boleh suka hati

Dapur gas atau dapur kayu (mana-mana pun suka hati)

Pencungkil gigi (untuk yang gigi berlubang selepas makan Pau Suka Hati)

Gunting atau pisau tak kisah suka hatila

Intinya

Suka hati (takde inti pun suka hati)

Cara membuatnya

  1. Suka hati (Kalau dipaksa jangan buat tu tak suka hati)
  2. Boleh berdiri atau duduk (Bertinggung tidak digalakkan...Ahhh!!!suka hatilaa.
  3. Gunting plastik tepung suka hati saiznya.
  4. Tuangkan tepung ke dalam besen,letakkan balik plastik tepung tu..dan gunting tu..
  5. Masukkan susu (pastikan susu telah ditebuk..jangan dengan tin..tinnya di masuk...INGGATTT susunya sahaja bukan TIN!!
  6. Masukkan serbuk mauripan (INGAT!! Serbuknya sahaja)
  7. Masukkan majerin suka hati..
  8. Masukkan air hujan tadi
  9. Uli sehingga tepung tidak melekat pada tangan
  10. Lepas tu basuhla tangan tu..
  11. Bentukkan tepung mengikut cita rasa
  12. Biarkan 45 minit setengah
  13. Bubuh inti
  14. Biarkan 10 minit setengah
  15. Kukus
  16. Angkat
  17. Makan
  18. Cungkil gigi jika pau tersangkut pada gigi.
  19. Tunjukkan tanda BEST..sebagai tanda SUKA HATI
  20. BEGITULAH CARA MEMBUAT DAN MEMAKAN PAU SUKA HATI


Antara petua-petua membuat pau ini ialah :
1. Gunakan tepung pau kerana lebih putih .Pau akan jadi lembut dan kenyal.
2. Setelah diadun menjadi doh hendaklah diuli dengan tangan selama 15 minit hingga doh lembut. Jika guna mesin lebih baik.
3. Rehatkan doh selama lebihkurang 45 minit agar ia naik 3 x ganda.
4. Tumbuk doh bagi keluarkan angin dan boleh dicanai.
5. Setelah diisikan inti, rehatkan lagi doh 20 minit hingga ia naik 2 x ganda.
6. Air hendaklah mendidih baru masukkan pau.
7. Boleh gunakan pengukus aluminium atau pengukus buluh.
8. Pau yang telah dibentuk disusun dalam dulang kecil yang muat dimasukkan dalam pengukus.
9. Lapik penutup kukus dengan kain nipis agar air tak menitik.
10. Kukus pau selama 15 minit dengan api besar.
11. Simpan pau yang telah sejuk dalam bekas bertutup agar tidak kering.
12. Pau yang telah sejuk boleh dikukus semula dan menjadi lembut semula.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan